EjaFAred In the HouSe
Sunday, March 11, 2012
Jiran
Erm..less than 3 days, saya akan berangkat ke sana..s
o before that akan buat kenduri doa selamat la sket..
Rabu 14hb Mac 2012..
lokasinya di rumah kami di taman Fadason, Kepong..
Jom la beramai2 memeriahkan majlis..semua dijemput hadir..
waaaaahhhh! mcm kenduri kawin lak kan..
xde la..kepada sesiapa yg berkesempatan dtg la..hahahah
Ni nak kabor ni..Jiran kami..alahaiiiii baiknya la haiii...layan aku n Incik hubby mcm anak sendiri..dorg la yg uruskan mcm2..makanan, minuman, khemah, persiapan suma2..terharu rasanya..
xsangka ade jiran sebaik ni...Yg kelakar..dorg slalu sakat kitorg..."hai pengantin Baru"..hahahah
Da 2 tahun lebih kawin da makcik oiiii...hehehe..ade seri pengantin ag rupanya..
Aku harap majlis rabu ni akan berjalan lancar dan diharap juga doa kalian semua akan
memudahkan lg perjalanan kami di sana..InsyaAllah..terima kasih byk2 pada semua
yang sudi membantu..
| Reactions: |
Thursday, February 23, 2012
Sekadar renungan..
Assalammualaikum dear readers..Terima kasih sudi baca blog mengarut ni..hehehhe
Hari ni hari yang sgt indah buat aku..ntah kenapa aku dapat rasa satu perasaan yang sangat tenang dan bahagia sekali..Alhamdulillah..
Aku bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang yang penuh dengan kasih sayang dr semua orang especially dr family and family in law...Dengan kebahagiaan yang aku miliki hari ini membuat hidupku lebih tenang dan matang dalam menempuh hari2 berikutnya..even mangsa lembu pon..hehe..xla aku cakap dia sayang aku..mmg mengarut la kan..Tapi Alhamdulillah..aku bersyukur sgt sbb hubungan kami da baik..da xmacam dulu..Kami da boleh berborak..bertegur sapa..Alhamdulillah sgt2 Ya Allah..Kau kekalkan lah hubungan baik kami nie..to mangsa lembu..terima kasih banyak2 sbb bantu aku untuk perbaiki hubungan kami yang keruh dulu..
Past is past..Dear past, stop taping me on the shoulder. .xperlu kita pandang ke belakang lagi.. I don’t want to look back anymore....apa yang penting..kita kekalkan keadaan yang baik ni..Honestly..aku menyesal sgt2..to mangsa lembu..dengan seikhlas hati…aku minta maaf sgt2..halalkan apa yang termakan, tercakap, terbuat, terbaca, terdengar, terumpat..dan suma2 la..xkisah la salah tu datang dari mana..apa puncanya..sapa yang mula..apa yang jadi..yang penting..aku ambil keputusan untuk mengalah dan terus mengalah….Aku juga manusia biasa yang khilaf..aku juga patut dipersalahkan atas apa yang berlaku..xboleh la nak salahkan orang jer kan..tu la masalah besar yang aku hadapi dulu..kalau la aku x ego sgt and ignore jer..mst semua ni xkan jadi…
Alhamdulillah..rasa sakit da jarang nak singgah kat hati nie..mungkin sbb aku amik keputusan untuk buat x tahu , x nak baca or view apa2..rasanya itu keputusan yang paling baik yg penah aku amik untuk perbaiki hubungan..Kan bagus macam nie..x tahu pape..hati pon sentiasa senang..Oo.minta maaf la mmg xdpt nak approved kat fb..dulu penah jumpa blog dia tapi mmg malas nak baca pape takut ade yang jadi salah faham nti kan..so better let it go..Nak buat apa kita buat sesuatu yg menyakitkan hati, right? so baik jauhkan..syuhhhh2..hehe
Now..bersyukur sgt sbb semuanya da kembali seperti dulu..InsyaAllah..apa yang berlaku xkan berulang lagi..Biarlah ianya jadi satu pengajaran dan kita jadikan ianya sebagai panduan di masa hadapan..
Kepada semua adik beradik, keluarga, teman2,saudara mara,sahabat handai,blogger and kepada sesiapa sahaja yang berkaitan dengan saya..saya memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada saya menyakiti hati anda..minta dihalalkan semua yangtermakan,terguna, terambik, terbaca, tertengok or apa2 jela..Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang sejati..Bukan dunia yang kita kejar..tapi akhirat yang kekal abadi..Doakan jua Allah permudahkan segala urusan kami..
InsyaAllah…dengan adanya kesedaran dalam hati ini..aku akan terus perbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik and baik..InsyaAllah, there’s nothing wrong in making mistakes, what’s wrong is letting a mistake without the effort of making it right..tu la apa yang aku nak buat skrg..dulu aku da buat silap dan sekarang aku nak betulkan segalanya..Someone penah cakap kat aku..”kebodohan itu akan lebih menyerlah bila dri sendiri yang serlahkan”..so aku ambik iktibar dr kata2nya..Lebih baik ajar diri bersabar dr membalas2 kan..Nabi xmengaku umat kalau kita xnak belajar untuk maafkan orang lain..Kita ni bukan sapa2 pon nak jatuhkan hukuman pada org, right?? Forgiving someone doesn’t make you weak, it makes you strong enough b’coz you understand that everyone makes mistakes. Indahnya kata2 tue kan..Marilah sama2 kita amalkan..Maafkan dengan seikhlas hati..Caranya senang jer..Ikut sunnah Rasulallah saw dan taat pada Allah swt..InsyaAllah..dengan mengingati Allah..hati akan tenang..
| Reactions: |
Wednesday, February 22, 2012
Diari Hati
| Reactions: |
Sunday, February 19, 2012
~~New experienced~~
| Reactions: |
Friday, February 17, 2012
2nd honeymoon~~Cameron Highland
| Reactions: |
Saturday, December 31, 2011
New Year entry...
Hello readers..
Long time no write..hehehhe…misss u damn muchhhhee!
There’s so many things happened in this year…Such a tired and dizzy year…
Ermmm…cakap melayu lor sonang sket nak berbicara..ahaksss…and now I’m struggling for my final examination for another tired semester…Semester ni sangat2 penat..nape ntah..rasa macam banyak main tapi byk jugak buat keje..Ohhhh assignment…SUMPAHhhhh! Xtipu…starting from beginning of the semester until now xsudah2..hehehhehe…penat..penat.penat..! But..honestly, I’m happy with my dizzy life..yeahhhh…sangat memeningkan…!
Stop talking about examination…kita cakap pasal mangsa lembu laks eak…”MANGSA LEMBU”…aku dapat nama ni dari filem kayangan where Fazura as main actors wrote this name in her blogged..nice name kan…ntah kenapa nama ni sangat sesuai untuk dia…Hehehhehehe….
Seriously dia buat aku lebih bersemangat untuk hadapi cabaran yang akan dtg…Actually, dlm hati ni da maafkan dia if dia xkacau aku ag larrrr….tap masing2 da besar…so pandai2 la yee….
Alhamdulillah…aku ade Incik Hubby yg banyak bantu aku untuk jadi lebih dewasa…Now, da malas nak pkir pasal mangsa lembu..apa yang aku ade sekarang bukan untuk bersaing atau lebih dr dia..mungkin ini yg Allah berikan kat aku untuk aku belajar tentang rasa syukur dengan nikmat yang diberikan…InsyaAllah..andai ade kesempatan dan kesihatan yang baik…doakan aku untuk sampai ke Tanah Suci supaya aku dapat ketenangan dan kedamaian disana…Mungkin dengan kedatangan aku kat sana, dpat megubah kembali ape yang keruh disini…tu je yang aku harapkan..
Next story is about BABy…haisshhhh…pejam celik pejam celik da 2 tahun kami disatukan..Alhamdulillah..bahagia sgt memiliki suami sepertinya…hehehhehe…xsangka..perkenalan dr seorg adik n abang boleh sampai ke ikatan perkahwinan yang aku sndr xpercaya smp sekarang kami ni husband n wife…hehehhehe…banyak kenangan pahit dan manis yang kami lalui..hampir 10 tahun aku mengenali MOHD FARED B MAD ZIN..he’s amazing..totally good husband in the world…xsabar nak ade baby…and baby call us MUMMY n PAPA…hehehehhe…haahah…xsama kan panggilan tu…kitorg mmg slalu xsatu kepala…boleh2 Incik hubby nak baby panggil dia PAPA..and aku nak MUMMY gaksss…..hahahah..janji kita happy.. love u sayang..
To my hubby:
If someone would ask me what a beautiful life means, I would lean my head on ur shoulder, hold u close to me and answer with a sweetest smile...
I’m yours and you Are Mine…. :)
Before I forgot…Happy New Year to all readers..Diharap tahun baru ini akan datangkan lebih kebahagiaan kepada kami…
| Reactions: |
Friday, October 28, 2011
JANGAN BERSEDIH TETAPI TERSENYUMLAH ^^

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
... Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.
Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.
Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.
INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.
SENYUM SEINDAH SURIA -^.^-
| Reactions: |
Thursday, August 4, 2011
Kebahagiaan dalam perpisahan
Kerna jelas terbaca dari muka
DIA dan DIA sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah rasanya MEREKA mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan itu
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta MEREKA yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin MEREKA
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata yang DIA tangiskan
DIA dah cukup menampung selautan
Begitu lama DIA pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Seperti cinta MEREKA yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin MEREKA
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan
| Reactions: |
Monday, July 25, 2011
Ramadhan semakin hampir...
Allahumma Ballighna Ramadhan! Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa 'Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan' (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya'ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh-sungguh melawan nafsu'.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di
| Reactions: |
Sunday, July 10, 2011
Kisah Hantaran Al-Quran

Harus dibaca & renungi teladan di dalam kisah ini…..
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
Nabil kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
Surah Ar Ra’d
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
Hari semakin cepat berlalu.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
-Berpesan-pesan sesama insan-
| Reactions: |