Assalamualaikum warahmatullah,
Saya sering bertemu dengan pertanyaan, “bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan?” ...
Sebenarnya
hampir tiada satu kaedahpun yang boleh menghilangkan rasa mabuk/loya
awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang
selesa ini. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan
hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di
awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah
ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah
seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan
bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana
sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan
melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan
tersebut.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Untung
jadi perempuan ni, tau.... Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa
kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.
Mabuk
hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib
baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan.
Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :
1.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat
memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu
hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil
pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu
penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang
kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu
malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil
tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan
protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan
penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat
besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin
rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.
3.
Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100
plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan
semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja,
atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa
nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat
mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus
juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam
badan yang hilang akibat muntah.
4. Buah pala penawar untuk
menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang
berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma
susah nak jumpa buah pala dijual di sini.
5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)
6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.
7. Sediakan biskut kering
(plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi
katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan
semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang
diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika
melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah
posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa
itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering
dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh
mengurangkan mabuk atau loya.
Petua tradisional :
1.
Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula
batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.
2. Ambil segenggam daun
kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu
teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.
Tapi
sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi,
suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta
mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi,
mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena
ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik
saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
Reminder of the Day
"Ya Allah..... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.
Saturday, May 19, 2012
Kehidupan Baru
Assalammualaikum...
Pagi yang cerah kini sudah terang...wawawawawow! cik eja da pandai nyanyi la skrg nie..heheheh...
Alhamdulillah...kita skrg sudah disahkan mengandung 5 minggu...Ya Allah..satu perasaan yg sukar ku gambarkan..rupanya mcm ni rasa preggy...howww sweeet!
Incik hubby la org yg paling gembira bila dpt tau kite preggy..dia punya neveeesss tu terserlah sgt kat Klinik Kesihatan Jinjang that day....bila dgr jer...TAHNIAH! puan positif..kite jadi mcm tertanya2...ehhh aku pregnant ke..btl ker nie..Incik hubby terus peluk kite, cium dahi kite and says.."TERIMA KASIH sayang"...aiissshhhh....malu la saya...kegembiraan terserlah sgt kat wajah dia..time tu gak dia kol suma org bgtau tntang berita gembira nie..Alhamdulillah Ya Allah..Kau makbulkan doa kami..
Yg menariknya, kite dpt tau kite preggy on hubby's birhtday..family cakap..3 in 1 la yer..netbook dapat...camera dapat..the most happiness pon dpt...OUR baby..
Lepas je dpt tau berita gembira nie..mcm suma husband buat..xbagi kite buat pape..kne baring jer..aiyaarrkkkk! bosan gilerrr....apa jer kite buat suma dia marah...even nk masak pon xboleh..semua dia nak buat...haisssshhh....bila balik selayang..mummy pon sama gak cam incik hubby...baru jer aku pgg pinggan nak angkat dapur...mak bising..xyah la ija..nti mak buat...ermmm...sian mak nak buat suma bnda untuk kite..yg kelakar nyer, mak siap g carikan burger sedap sbb malam tue kite teringin makan burger...kasih syg seorg ibu..tiada tolok bandingnya kan..akan ku pelihara ibuku lebih dr apa yg dia lakukan buat kami adik beradik..love u mom...abah lak..asyik tanya "nak makan..lapar x" hahahhha...xyah nak diet2..makan jer...hehehhe...ni la perangai bapak kite...asyik jer sohh makan...
ermm..da la kite da penat la..nak buat asgmnt sbnrnya..tapi tertulis blog lak..hehe..
Ya Allah..peliharalah kandunganku ini..Semoga anak mama n papa sihat & jadi anak yg solehah..To all readers..pray for us k..

Wednesday, May 2, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Kisah mayat di makam Rasulullah
Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...
Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimk...an petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.
Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)