Assalamualaikum warahmatullah,
Saya sering bertemu dengan pertanyaan, “bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan?” ...
Sebenarnya
hampir tiada satu kaedahpun yang boleh menghilangkan rasa mabuk/loya
awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang
selesa ini. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan
hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di
awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah
ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah
seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan
bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana
sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan
melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan
tersebut.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Untung
jadi perempuan ni, tau.... Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa
kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.
Mabuk
hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib
baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan.
Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :
1.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat
memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu
hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil
pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu
penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang
kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu
malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil
tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan
protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan
penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat
besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin
rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.
3.
Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100
plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan
semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja,
atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa
nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat
mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus
juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam
badan yang hilang akibat muntah.
4. Buah pala penawar untuk
menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang
berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma
susah nak jumpa buah pala dijual di sini.
5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)
6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.
7. Sediakan biskut kering
(plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi
katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan
semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang
diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika
melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah
posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa
itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering
dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh
mengurangkan mabuk atau loya.
Petua tradisional :
1.
Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula
batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.
2. Ambil segenggam daun
kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu
teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.
Tapi
sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi,
suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta
mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi,
mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena
ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik
saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!
7 comments:
Salam kenal :)
Info yang menarik..
tips paling best yg last skali tu..bleh try utk akan datang ni..sbb everytime saya preggy mesti mabuk teruk ..hehe
assalammualaikum..info akk bguna untuk sy cuba nnt..insyaAllah..sy syak sy hamil sbb dah 9 hari x dtg period n ada tnda2 hamil yg lain cuma belum p klinik ntuk sahkan..yg pelik alhamdulillah sy xde pulak loya atau muntah2..tp suami sy pulak yg mabuk2, muntah2, siap cirit birit, demam dan batuk..kesian tengok suami mcm tu..huhu..ni pengalaman pertama sy..petua ni boleh x guna untuk suami jugak?
Hmmm... Kalau suami yang mabuk hamil dan mengidam, hairan pulak rakan Kat pejabat. Mungkin ramai suami2 yang pro rancang keluarga lepas Tu.
Hi kak...sy dh hamil 9 minggu. Tp selera makan msh kurang. Adakh itu normal? Nk mkn nasi mmg payah la..nk minum susu mst cmpur air lau x mmg xnk minum. Sy risau klau itu mganggu kandungan sy.
info yg sangat menarik dan saya sangat bersetuju dengan tips ni. oh yea, saya cdangkan anda untuk mengambil suppliment bagi membantu anda mengatasi alahan mengandung ni. jangan risau, suppliment ni TANPA BAHAN KIMIA, 100% semulajadi taw.
kalau anda nak saya tlg anda, boleh hubungi 0105734036 atau lawat blog saya, https://ceqfieqa.blogspot.my/2016/07/menghilangkan-alahan-mengandung.html
Banyaknya petua nak hilangkan mual2. Nice sharing.
Buah pala tu buat mcmn? Kena masak or apa ya ?
Post a Comment