Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu,”Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia.”
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usia dia, memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk.
[Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ]
No comments:
Post a Comment