Tuesday, September 4, 2012

Jadilah Siti Khadijah Abad Ini



Bagi muslimah diluar sana yang banyak dugaan merintangi kehidupan. Jejaki jejak Siti Khadijah yang lama tercicir dek kealpaan kita.

Sifat lemah lembut dan hikmahnya.
Tegas dan prihatinnya.
Tenang dan menenangkan serta yang lebih penting cekal dalam kehidupan !
Rintangan dalam berdakwah itu perkara biasa. Keluarga, kaum kerabat dan sahabat terdekat.
Rintangan dalam melalukan perubahan itu juga perkara yang amat biasa. Kerna ianya melibatkan banyak jiwa.

Oleh kerana itu, berdakwah, berubah, berhijrah dan segalanya melibatkan jiwa manusia ianya memerlukan pengorbanan. (Hai la manusia...sering kali kamu memusuhi sesama sndr..)

Hati yang ikhlas merelakan perubahan dan mendambakan keredhaan mampu mengubah keadaan sekeliling yang sentiasa memusuhi. ( Impianku selama ini)

Jejakilah jejak Siti Khadijah. Wanita pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, “Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?”

Khadijah berkata, “Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah.”

“Disetiap lelaki yang hebat, dibelakangnya pastinya ada wanita yang hebat membantu. Behind every great man, there is a great women”

Apabila bercakap tentang dakwah, tidak semestinya kita perlu berada dibarisan hadapan. Tidak semestinya perlu menjadi barisan utama. Memegang pisau, mengupas bawang untuk barisan pertama pun sudah cukup mulia dan dikira sebagai dakwah. Jangan gusar ! Ada jalannnya. Jadi, ajarlah diri anda untuk selalu bersabar dan terus bersabar...InsyaAllah..


No comments: