Wednesday, July 25, 2012
10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comelSee More
Tuesday, July 24, 2012
Panggilan manja..:)
ok hari ni dapat on9 jap je...
saje nak cakap pasal panggilan manja kita pada suami...
pada boyfren pon leh...
suke hati korang lah...hehe...
benda ni jadi kat saya sendiri sebenarnye...
saya couple ngan hubby sejak di bangku sekolah...
jadi macam2 name manja da try panggil...
antaranya :
1) SAYANG - panggilan biasa n sering terkeluar dari mulut especially pasangan2 yg sedang hangat bercinta ataupun yg telah mendirikan rumahtangga...cheh...kalau macam kite, inilah panggilan manja yg spontan selalu kuar dari mulut kite n hubby...lagi2 kalau nak cepat...contohnya, "sayang, cepatlah sket...da kol bape ni..." kadang2 tengah marah pon panggilan sayang masih meniti di bibir..huhu...
2) ABANG - inilah panggilan saya pada hubby...sejak dulu...cuma sekarang ni sedang cuba utk mengubah kepada satu panggilan lain...tapi nak tau kena baca sampai habis entry ni..haha...padan muka korang!!!
3) BABY - i like!!haha..saya suka bila hubby panggil saya baby...nampak sweet je...(perasan!! kawan2 tolong jgn rasa loya ye..) nak soh hubby panggil baby sampai tua gak!!xkire!!da jadi nenek pon nak atuknye panggil neneknye ni baby gak...nak jugak!!!=P
4) PAPA - wah!!wah!!wah!!haha...pernah je kami ni gedik2 panggil papa-mama...xtau nape...mulut ni laju je nak terkeluar bila ngade2 tu datang...haha...sbb da ade little beanie kot...hahahah
5) MAMA - sometimes hubby kol me like this..ok la..not bad..
6) AYANG - selalunye panggilan utk wanita...(cheh..wanita...xleh bla...cam xleh cakap pompuan je..xpela ek?nampak formal sket..)hubby saya cakap nak panggil ayang bila saya panggil dia abang...tapi mulut ni xleh nak bahasakan diri ayang..xtau kenapa...hehe...dulu2, incik hubby ade pgil ayang pastu kitorg gelak guling2..xleh tahan la..xmau la..uwerrrkkkk!
7) DARLING - sape2 pon boleh panggil...xkira laki panggil pompuan...or pompuan panggil laki...aku suke gak bila hubby ngade2 nak panggil aku darling...huhu...
ok..korang pilih lah nak panggil apa pon kat orang yg korang sayang...
walaupun panggilan ni kadangkala memberi impak yg besar dalam hubungan...
(xtau la orang lain sebab kite n incik hubby bila da gune awak-saya tu, tau lah tengah marah..hehe..)
tapi sebenarnya yg paling penting adalah perasaan sayang n cinta tu...
sebab kalau beria-ia panggil itu ini tapi xde perasaan sayang atau cinta nak watpe kan?
useless!!hehe...
tu pendapat saya la...xtau orang lain camane...
masing2 ada pendapat sendiri kan...
sume ada hak masing2...
kite just share je...
ok, enjoy ur day...
smile always..
Wednesday, July 18, 2012
Kerap Buang Air Kecil, Rutin Biasa Bakal Ibu
Nak letak gamba sndr perut kecik ag...wakaakakkaka
Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu mereka akan berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu keenam kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya ketika kandungan memasuki usia 12 ke 14 minggu. Mengapa hal sebegini berlaku kepada wanita hamil?
Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat dua liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin.
Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kencing. Manakala pening katan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.
Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim.
Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang ber laku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hamil kerap membuang air kecil.
Tuesday, July 17, 2012
Ramadhan kembali lagi..
Assalammualaikum..
Kurang dari seminggu, semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah..kita masih lagi bernafas untuk sama2 merasai Ramadhan kali ini..Diharap, Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Puasa adalah ibadah wajib yg perlu dilaksanakan bagi semua umat islam yg telah cukup syarat. Ini merupakan tanggungjawab besar kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk memenuhi Rukun Islam yang ke3 ini. Bercakap mengenai tanggungjawab nie, teringat kembali kata2 En Riezan melalui perbualan kami disuatu pagi…Kite mencelah ” Kerja untuk hidup ke, atau hidup untuk kerja” jawab En Riezan..” Da tanggungjawab..nak buat camna” hihihihi..
To En Riezan,
Tanggungjawab ni luas sgt kalau kita nak pertikaikan..kadang2, kite tertanya2 pada diri sndr.. Nape manusia letakkan percent yang terlalu besar and sometimes to the max kat tggjwb pada kerja. Rasa2nya, tggjwb kita ni bukan sebagai seorg pekerja sahaja. Bagaimana pula dengan tggjwb kita sebagai seorg muslim, seorg anak, seorg suami/isteri, seorg ibu/bapa, seorg jiran, & sebagai seorg khalifah di muka bumi ini.? Bagaimana kita membahagikan masa pada semua tggjwb2 tersebut?
To me, apa je yg kita buat haruslah seimbang. Jika waktu kerja sudah berakhir, lupakan seketika dan focus pada tggjwb yg lain. Kita bersyukur sgt sbb matlamat kita dalam hidup ni sgt jelas. Kita hidup bukan nak kejar sgt keduniaan nie. Jadi boss besar, gaji besar tapi kebahagiaan dengan keluarga terabai pun xguna jugak.
Sama juga dengan tggjwb kita pada Allah. Jika kita terlalu beribadah smp melupakan tntg urusan yg lain jugak tidak digalakkan. Islam ni indah sgt. Sgt seimbang dan tidak membebankan. Tapi duit penghalang segala2nya. Alhamdulillah, wlupon kita xpunya duit yg banyk tapi kita xpenah rasa kekurangan dlm hidup. Rasanya semua ada dan cukup wlupun sederhana. Like Incik hubby said , yg mahal xsemestinya best, berkualiti & sedap (makan). Kadang2 yg murah tue lebih elok compared ngan harga ratus2. Kadang2 aku rasa org kaya ni mcm tertipu ngan harga jer. Tapi duit diorg byk2 pon nak buat apa kan kalau xbeli brg mahal..hahahaha…
Erm, kalau En Riezan baca ni..mampos kite…lg panjang kne lecture…hehehe…tapi apa pun yg kita happy sgt punya pengalaman bekerja dengan En Riezan since 3 weeks bekerja di Iperintis nie. Tapi, he moved to the other company sbb dpt better offer. Hope he will success in his life.
Haiiiii….nak citer pasal Ramadhan..ntah camna boleh masuk pasal En Riezan ntah..hahahah….Ok la..sekadar renungan dan pengajaran untuk diri sndr.

Friday, July 13, 2012
Perangai adik beradik + suami yg suka posing..
Ni la aktiviti hujung minggu kitorg kalau ramai2 ade..hehehhehe...xkisah kat mana..dengan sape..majlis apa..bergambar je la keje kitorg adik beradik2..hahhaahaha...
Ermm...kalau dlu kecik2 bercakar jela keje..bila da besar2 ni baru rapat..teringat lg time kecik2 dlu gaduh siap tarik2 rambut suma..sepak terajang suma ade la..padahal suma pompuan true...hahahha...lastly it end up like this...btl la kata org2 tua..air yg dicincang xkan putus..
Alaahhhhaaiiii so sweeetttt sgt pic nie..suka3...
Berjalan2 di tepi tasik..muka suma xmandi lagi nie..hahahaahha
encemmmmmnyerrr dia...bruno mars malaysia...hehehehhehe
Tuhan memberikanku cinta
Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Setiap kali dengar lagu nie mesti menusuk ke dalam hati..
Wowww….!!!!!
dtg da jiwang dia..hahhahah…
Sayang…frankly speaking…I’m in love with u sayang..u’re the best boyfriend, fiancée and also husband in the world..i cannot say in word how much u mean to me..A lot….:)
Td jalan2 kat KLCC with officemate g kat kedai MotherCare..really excited nak beli barang baby…my officemate asyik tnya jer..Eja..u nak apa? Nti I beli for ur baby..hahahha..hanya mampu tersenyum..xkan nak mintak...nak bagi tue..bagi jela..wakakakkakaka…
Kite teringin sgt nak beli Philip Avent Electric Steam Steriliser for my baby..so that nti mama boleh bekukan susu lama2 sket..than bila baby nak susu , panaskan jer..easy right..tapi harganya…Ya Allah..mahal sungguh…camna ek? Papa ckp ok jer, untuk anak papa..tapi MasyaAllah..mama kne puasa sebulan la baru boleh beli..hahahahah….Sape la nak bg hadiah ni kat saya? Hahahaha…xmalu sungguh…uwerrrrkkkk!
Now, kite da semakin familiar with the admin work…Act menarik jer keje bahagiaan admin ni..xyah nak jumpa org sgt tapi hari2 org cari..bezanya just communicate through email jer..than everything can be settled down..huhuhuhu…Td baru dapat tau supervisor IA aku…wowwww….dapat ngan Sir Mior la..rasa2nya dia tue mcm ok jer…kata org la..harap2 la dpt markah tgi for this intern..leh dekat sket ngan dean list..wluponnnnnn! hahahahha..rasa2nya susah sket kot aku nak diserap ke Iperintis nie sbb dec ni aku da sarat da nak bersalin and comes to the end of my intern..myb akan stop kat situ jer…tapi xpe ar..aku nak experience jer keje kat sini..lgpun rasanya malas la nak keje ag pas deliver nti..Incik hubby kata dia mampu jer tanggung bini dia yg manyaaakkkk songeh ni…hahahhaha…
Cakap pasal manyaakkkk songeh…kite is very excited right now sbb japg nak g shopping kat SOGO…yesssss! Best2…nak shopping…nak shopping…hahah..penat pujuk incik hubby ajak dia spend duit…asyik simpan jer bila nak guna..hahahha..jahat la u cik Eja..xpe la yg penting japg nak g shopping gak…puas hati…da lama xberbelanja besar..hahahah…bye darlingssss!
Monday, July 9, 2012
another survey
FPP Hospital Selayang vs FPP Hospital Putrajaya
Ok, so let me highlight the PROS of choosing FPP scheme in Hospital Putrajaya (HP) utk bersalin before i puji HS..hehe:
1.Boleh pilih doktor perempuan sbb ade 2-3 org, unlike in HS yang hanya ada 3 doktor lelaki (though i heard somewhere there will be a female doctor yg amek FPP – not sure though)
2.FPP room kat HP dekat tingkat yang berbeza dgn wad2 biasa - kalau dekat Hospital Selayang, utk selain O&G (i.e ortho etc), bilik2 FPP mmg kat tingkat 10, tapi untuk O&G, bilik FPP campur skali dalam satu wad dgn yg x amek FPP - 2nd and 3rd class. Dlm wad2 utk O&G ni, ada 2 bilik yang untuk sorang, so these rooms yg digunakan utk patient FPP. Ade terdgr, yg O&G punya x diletakkan kat tingkat 10 sbb labour room sume tgkat 5, so kalau letak skali kat tgkat 10 nnt x sempat nk ke bwh kalo baby nak kuar, hehe…kalau org yg bg tau info ni membohong, aku membohong gak la maksudnye..hoho
3.Dekat utk those yg duduk area putrajaya.. =)
Ok, so CONS utk Hospital Selayang adalah apa2 yg bertentangan dgn fakta2 di atas.. =)
So now let see the PROS of HS and of course the CONS of HP (Oh..perlu diingatkan ini adalah pandangan peribadi..n takde la cons sgt pun…
1.Waktu melawat FPP HP adalah sama je dengan wad2 biasa iaitu mcm waktu melawat spital gomen yg lain 12-2pm dan ptg 4-6pm kot lebey krg. Siap mak guard datang utk cek pelawat n suh diorang kuar kalau exceed masa. Dekat HS, bila2 kot boleh datang melawat, hatta malam pun– just cakap kat guard yg jage dpn wad, nak pegi ‘bilik sorg’ (yg mmg FPP la kan), n dia akan lepas je.
2.Dekat FPP HP, sorang pelawat je boleh jaga dalam satu masa, tp di HS, been told that boleh je bbrp org..tp in my case, dude sorang la yg jage. Emak time dah malam, balik la rumah.
3.Tak silapnye, di HP, selain bilik sorang yg biase, ade bilik mahal yg rm300 ala2 mewah sket la. So, bilik yg sorg tu adalah agak kecik gile compare to HS punya FPP O&G yg berharga RM130 per nite. Not sure yg kecik kat HP to berape..
4.Dekat dgn rumah mak abah n mertua..hehehe…
Macam ade lg satu point..tp lupe lak tgh2 malam ni…so kalau trigt, akan di edit..tp basically those CONS for HP mentioned above membuatkan aku rasa macam HS.
Again diingatkan, ni adalah pandangan pribadi … kalau dah umah korg kat putrajaya, x kan la korg nak bangang2 gi Selayang kan?..so, x yah nak emo2 cakap aku salah ke ape…tp kalau nak tolong tambah fact yg korang tau psl both hospitals, jemput la ye..hehe
Senarai harga :
Ok, dah habis pam..Later! =)

Apa kata survey
Hospital bersalin swasta...
I've done some survey regarding that since my fren told me that private hospital won't accept us to deliver at their hospital if we don't do check-up since 7 months pregnancy....but the lack of info is i don't know which doctor is perform well dan favourable...maybe u out there has the info...lets share it k...
Hospital Ampang Puteri (KPJ) Pakej bersalin
•Single bed room : RM 2650
•Double bed room : RM2350
•4 bed room : RM2050
*pakej ini adalah bg normal delivery shj, termasuk caj wad 3hari 2 mlm, mkn, doktor, labour room, nursery etc. If we take epidural/deliver through vacuum/forcept there will be an extra charge for that.
If C-sect : RM 10,000**
Doktor pompuan available are, Dr. Fauziah, Dr. Kufumani, Dr. Ariza & Dr. Zalina.
For more info please visit http://www.apsh.kpjhealth.com.my/
Hospital Tawakal (KPJ)
Xde pakej utk hospital ni... Rate bersalin
•Normal : RM 2k** - RM 4k**
•C-sect : RM 7k**
•single bed room : RM230/day
•double bed room : RM160/day
•4 bed room : RM100/day
•Nursery : RM80/day
*There will be an extra charge for epidural/vacuum/forcept etc
Doktor pompuan available sorang je, which is Dr. Siti Zaleha
For more info please visit http://www.tawakal.kpjhealth.com.my/
Hospital Pusrawi
Rate available:
•Normal delivery : RM 2500-3k** for 2days 1 night stay
•C-sect : RM7500-8k** for 4days 3 night stay
*extra charge for epidural/vacuum/forcep etc.
Doktor pompuan available : Dr. Asmah, Dr. Adilah, Dr.Nor Kedah, Dr.Norfida, Dr. Habibah
For more info please call 03-2687 5000 (Pusrawi)
Pusat Perubatan KOHILAL Melawati
Pakej available
•Normal : RM1500**
•Normal (doc specialist) : RM1700**
•C-sect : RM6k**
*pakej ni include wad, mkn, caj bersalin etc.
*extra charge for epidural/vacuum/forcept etc.
Doktor pompuan available is Dr. Norshida
Hospital Pakar Al-Islam (Kg. Baru)
Pakej available:
•Normal : RM1300 (4 bed room, specialist doc. etc.)
Without package:
•Normal : RM2500++
•C-sect : RM5500-6000++
•single bed room : RM150/day (@wad bersalin)
•4 bed room : RM100/day
•Nursery : RM60/day
Doktor pompuan available, Dr. Norlida & Dr. Rosilawati
PCMC
•Normal: RM4k-7k++ (including stay 2h 1m dll)
•C-sect : RM9k-10k++ (including 3h-4h stay dll)
•Dr. Seri & Dr. Tan (pompuan)
•extra charge on epidural/vacuum/forcept etc.
UKM Specialist Centre
•Normal : RM3k-4k++ (including stay 3h 2m)
•C-sect : RM6K-7k++
•Dr. Lim & Dr. Helina (pompuan)

Ha...selain kat atas ni...baik prepare gak utk survey gov hospital. Why? Sbb nye kalo ade komplikasi, private hospital akan refer kite ke gov. hospital...sy tgh tanye2 gak sape yg ade experienced bersalin kat hospital gov:
•Hospital Ampang
•HUKM
•Hospital Selayang
Harap info di atas membantu. Untuk lebih clear bleh direct call ke hospital berkenaan k.

Status Kehidupan
Assalamualaikum Dear Readers...
Rasanya da lama kite x update status pasal my life kan…huhuhu..Sekarang kite da start praktikal..Isnin smp Jumaat..Sooooo mmg la xde masa sgt nak update blog ni suma..hehe..tapi today agak free la jugak sbb dr pagi asyik berfacebooking jer…xde keje..nak je kite g tido tapi xbaik lak kan…
Da masuk bulan ke 2 berkerja di Iperintis ni amat la mencabar minda..setiap hari kite kne blaja bnda baru yg selama ni sumpah xpnh dgr..hahah..amik KAU..nak sgt tempat praktikal yg high class kan..skrg..NGADAP la….pe lagi…Tapi, suma staff kat sini was very helpful..If kite ade problem, just ask them. ..Kat sini majority melayu, just few of them Chinese & Indian..But still, they are all very nice persons..
Tiap hari balik kerja, incik hubby will picked me up at the front door of Menara Perak..haishhhh…kesian sgt kat dia..hari2 kena ulang alik amik & hantar wife dia yg tgh bwk perut ni..hahahahha…Now I’ve decided to go back using LRT & KTM..Sometimes these transportation more fast compared to naik moto yg asyik buat pinggul kite sakit..hahaha…Punya da dok pujuk2 Incik Hubby nak naik tren, akhirnya dapat gak berbekalkan Card Touch N Go yg sudah penuh diisi..Haiiii la badan..beruntungnyer la kamu..hahahah..Incik Hubby sgt mengambil berat soal kite n baby..Sumpah I syg u papa..Gulp!
Little beanie now turn up to 3 months..But mama still not well..WHY??? huhu…setiap malam pening & muntah2..makan pon x menentu lagi.. …I’m sorry syg coz I’m not well and he’s really hoping for something that I couldn’t…aiyaaarrrkkkk..sabarnyer syg..mama is getting better now..Pray for me k…Da la jumpa time malam je kan..siang masing2 kerja..apa nk buat..Tapi I believed that ade ganjaran besar yg menanti disebalik kesabaranmu itu honey..heheheh
Guys, u what what? I’m thinking of doing something for my hubby…tapi apa erkk..rasanya da lama dia xdpt pape surprise…tapi still lagi tercari2 nak buat apa..sometimes rasa cam nak tempah bunga n send to home for him..but, rasa mcm xbest…nak bagi hadiah, besday dia baru lepas & i da really KOPAK now..hahahaha..But for me, money is not important..He’s happiness is my aimed..tapi apa yer??? Nanti la bila xde keje akan dipikir2 kan..hahah..
Ok la guys, nak sambung buat keja..kang ade yg kne potong gaji..haha..lgpun rasa nya da cukup panjang kite ngarang nie…
Please pray for my baby and our safe…

Wednesday, July 4, 2012
Puasa untuk ibu mengandung dan menyusu
Dalam Islam, mengikut mazhab Imam Syafie, ibu yang mengandung atau ibu yang menyusu boleh berbuka puasa. Terdapat 2 hukum iaitu berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas atau berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.
Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.
Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Monday, July 2, 2012
Doa Nisfu Syaaban
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa

Sunday, July 1, 2012
Zikir
Zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya.
Doa mama buat anak mama
"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar iaitu amalan2 khurafat, etc..
Subscribe to:
Posts (Atom)