Sunday, July 1, 2012

Zikir

Zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:




Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak

Surah Luqman – untuk anak yang cerdik

Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat

Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin

Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

dan sebagainya.



Doa mama buat anak mama
 
"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
 
 
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
 
Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar iaitu amalan2 khurafat, etc..








No comments: